Monday, August 31, 2009

20 sebab kowg kene bersyukur!

Apa perkara yang paling mudah di dunia? Mengeluh! Pastinya itulah jawapan dari kamu. Tanpa diminta sekalipun kamu akan dengan mudah memberikan 1001 jawapan apa yang kamu perlukan dalam hidup. Peliknya apabila diminta untuk bersyukur, kamu begitu sukar untuk menyatakannya. Percayalah hidup sebenarnya begitu indah dan kamu sahaja yang menafikannya. Oleh itu, apakata kamu menajar diri untuk bersyukur. Disini ada 20 perkara mengapa kamu harus bersyukur....

1. Masih mempunyai keluarga dan bukannya anak yatim piatu ataupun terbiar tanpa arah tuju...

2. Sihat dan tidak perlu bayar untuk bernafas. Semuanya percuma.

3. Tidak perlu tidur beralaskan bumi dan berlangitkan bintang.

4. Masih boleh mendengar muzik, mencium bau makanan yang sedap-sedap dan bergosip sampai puas.

5. Mempunyai kawan untuk diajak makan bersama, ada kawan untuk dihubungi ketika kamu bosan dan ada kawan diajak berjalan-jalan dihujung minggu.

6. Berkesempatan untuk bersekolah. Biarpun penat untuk mengulangi pelajaran dan menghadapi pelbagai peperiksaan, namun percayalah ramai yang mengimpikan untuk berada di tempat kamu hari ini.

7. Kamu masih mampu ketawa ketika menonton filem komedi.

8. Menangis saat melihat sesuatu yang mengharukan biarpun tidak ada apa-apa hubungan dengan kamu. Ini bermakna kamu masih manusia yang punya perasaan.

9. Masih berkesempatan dan mampu membeli hadiah untuk teman, keluarga dan orang teristimewa.

10. Ingin melihat cerita bagus cuma pergi sahaja menonton di pawagam, ingin tengok konsert artis idola kamu hanya perlu pergi beli tiket dan masok sahaja ke konsert. Hmmmm.....nasib kamu baik sangatkan..?

11. Kamu masih boleh membaca dan bayangkan berapa banyak perkara dan ilmu yang kamu akan dapat peroleh dari membaca.

12. Terasa ingin memakan makanan jepun, itali, cina atau apa sahaja. Mudah kamu hanya perlu ke restoran yang terdekat.

13. Hidup di negara yang bebas perang.

14. Terima kasih kepada teknologi-teknologi canggih yang membuatkan hidup menjadi bertambah mudah.

15. Punya bakat tertentu.? Bersyukurlah bukan semua orang mampu lakukan apa yang kamu lakukan.

16. Kamu bebas untuk memakai apa sahaja mengikut citarasa dan keinginan kamu. Dengan erti kata lain mampu mengisi almari pakaianmu seperti yang diinginkan.

17. Di dunia ini tidak akan ada orang yang boleh menyerupai kamu. Sekiranya kamu anak kembar sekalipun pasti ada bezanya. Jadi bersyukurlah dilahirkan unik dan tiada duanya.

18. Setiap kali kamu punya kesempatan untuk melihat dunia lain, misalnya melancong ke Negara orang ataupun negeri orang manfaatkanlah sebaik-baiknya. Bukan semua orang boleh dapat apa yang kamu dapat.

19. Kamu mampu membuat orang lain ketawa, rasanya tidak akan ada perkara yang lebih baik dari itu.

20. Kamu masih hidup sehingga ke hari ini dan alasan ini semestinya sudah cukup kuat untuk kamu bersyukur....

No comments: